Posts

Image
Matlamat utama Makmal Bahasa Melayu adalah untuk melonjakkan pemerolehan dan kompetensi bahasa Melayu pada semua   peringkat pendidikan. Matlamat ini telah diperincikan melalui sembilan strategi yang terdapat dalam Pelan Strategik Memartabatkan   Bahasa Melayu.  Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) dirancang berdasarkan konsep penggunaan bahasa Melayu   lisan yang betul serta dituturkan secara berterusan sebagai bahasa komunikasi yang dijadikan budaya di sekolah. Murid perlu   menguasai kemahiran lisan yang merupakan aspek penting sebelum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Begitu juga   dengan kemahiran komunikasi yang mementingkan aspek lisan atau pertuturan. Keupayaan berkomunikasi sewaja rnya dapat   menggambarkan kebolehan sebenar murid dalam konteks lisan secara berkesan. PIKeBM melalui aktiviti kokurikulum, mendedahkan murid kepada kemahiran lisan bahasa Melayu dan memberikan peluang yang luas   kepada mereka menggunakan bahasa Melayu bagi me