
Matlamat
utama Makmal Bahasa Melayu adalah untuk melonjakkan pemerolehan dan
kompetensi bahasa Melayu pada semua  peringkat pendidikan. Matlamat ini telah diperincikan melalui sembilan strategi yang terdapat dalam Pelan Strategik Memartabatkan  Bahasa Melayu. 
Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) dirancang berdasarkan konsep penggunaan
bahasa Melayu  lisan yang betul serta dituturkan secara berterusan sebagai bahasa komunikasi yang dijadikan budaya di sekolah. Murid
perlu  menguasai
kemahiran lisan yang merupakan aspek penting sebelum menguasai kemahiran
membaca dan menulis. Begitu juga  dengan kemahiran komunikasi yang mementingkan
aspek lisan atau pertuturan. Keupayaan berkomunikasi sewaja rnya dapat  menggambarkan kebolehan sebenar murid dalam
konteks lisan secara berkesan.
PIKeBM
melalui aktiviti kokurikulum, mendedahkan murid kepada kemahiran lisan bahasa Melayu dan memberikan
peluang yang luas  kepada mereka menggunakan bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran bahasa
Melayu melalui aktiviti
pengembangan bahasa.  Selain
itu, program ini juga diharapkan dapat membentuk
dan melestarikan budaya berbahasa Melayu dalam
kalangan murid.  PIKeBM
dilaksanakan secara sisipan
wajib dalam waktu aktiviti kokurikulum melalui pembelajaran penerokaan dan amali yang  bersifat
santai serta menyeronokkan. Aktiviti ini dapat mendedahkan murid kepada situasi berkomunikasi dengan menggunakan ayat  yang
tersusun, perkataan yang sesuai dan kosa kata yang luas. Aktiviti ini dapat memberikan impak yang tinggi kepada murid.  Pelaksanaan
aktiviti ini diharapkan dapat membiasakan
penggunaan bahasa Melayu yang betul
dalam kalangan murid serta dapat  diamalkan dalam kehidupan seharian.
Klik pada link dibawah 
Natalie
ReplyDelete